SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 - SEMAKAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 – SEMAKAN.Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah di tambah baik oleh kerajaan sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang makin meningkat kini.

Pengkreditan (SARA) 2025 adalah secara automatik bagi setiap bulan kepada penerima yang lulus STR 2025 tanpa perlukan sebarang permohonan jika memenuhi syarat kelayakan bantuan.

BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co

KRITERIA INDIVIDU YANG LAYAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi individu yang menerima bantuan SARA.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KADAR BANTUAN SUMBANGAN

Lulus STR dan Berstatus eKasih

KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah RM2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang RM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

Lulus str dan Bukan eKasih

KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah RM900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MyKasih:

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MySTR:

  • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  • Klik [Semakan Status].
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

By WAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?