SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 - LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 – LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 – LAYAK ATAU TIDAK. Sumbangan Asas Rahmah merupakan sumbangan tambahan kepada penerima STR yang berstatus miskin dan miskin tegar. Berikutan transaksi tanpa tunai (cashless) kini digunakan secara meluas, mulai januari 2025 penerima SARA akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad.

Artikal ini menerangkan info berkaitan Bantuan MyKad 2025. Jom lihat.

BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co

PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.

KREDIT BULANAN DALAM MYKAD 2025

Lulus STR dan Berstatus eKasih (Penerima sedia ada

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/BULANRM200/BULAN
Warga Emas Tiada PasanganRM100/BULANRM150/BULAN
BujangRM50/BULANRM50/BULAN

Lulus STR dan BUKAN eKasih (Penerima Baru)

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada BerpasanganRM50/bulan

SEMAK KEGUNAAN KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN MYKAD

  • Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  • Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN MYKAS

  • Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  • Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  • Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  • Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  • Klik pada butang [Next] di bawah.
  • Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  • Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : info@mykasih.com

By WAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?