SEMAKAN MYKASIH STR 2025 : LAYAK ATAU TIDAK. Kerajaan telah mewujudkan bantuan tambahan yang dikenali sebagai Program MyKasih 2025 bagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan (B40). Bantuan ini diwujudkan sebagai bantuan tambahan untuk menampung bantuan sedia ada iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Jom semak status MyKasih STR layak atau tidak.
BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co
MYKASIH STR 2025
MyKasih adalah inisiatif bantuan kewangan di bawah kerajaan Malaysia yang bertujuan meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Pada tahun 2025, program ini diperluaskan kepada 5.4 juta penerima, termasuk mereka yang berada dalam kategori miskin, miskin tegar, dan bukan miskin.
SEMAKAN STATUS MYKASIH STR 2025
Berikut merupakan 2 laman rasmi boleh dilayari bagi mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) :
Panduan Semakan Status Di Laman Rasmi MyKasih :
- Pada halaman utama MyKasih, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status Di Laman Rasmi STR :
- Pada halaman utama STR, klik butang [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR PEMBERIAN MYKASIH STR 2025
Pemberian Bantuan MyKasih STR adalah mengikut kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
- Penerima STR Daftar e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100-RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100-RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima STR Bukan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
TARIKH PERLAKSANAAN
Pelaksanaan Bantuan MyKasih SARA bukanlah seperti STR yang diberikan secara berfasa. Namun, ianya diberikan secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Artike ini hanyalah sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/
- Alamat E-mel : info@mykasih.com