RUMAH MESRA RAKYAT 2025 - SEMAKAN

RUMAH MESRA RAKYAT 2025 – SEMAKAN

RUMAH MESRA RAKYAT 2025 – SEMAKAN. Rumah Mesra Rakyat atau RMR ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

BACA JUGA DI SINI : http://malaysiatv.co

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 dan ke atas.
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM750 hingga RM5,000.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  8. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun)
  9. Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).
  10. Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  11. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR

PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DISEMENANJUNG MALAYSIASABAH/SARAWAK/LABUAN
Kaedah permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)Permohonan secara online (laman web SPNB)Permohonan secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik airRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik airRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps
(279 mps)
3,000 kps
(279 mps)
3,000 kps
(279 mps)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
Subsidi (pembinaan)RM 20,000RM 20,000RM 20,000
Jumlah PinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNBTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNBTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulananTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNBTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNBTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNBFirma guaman berdaftar dengan SPNBFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
I. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
I. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 2025

Bagi mereka yang ingin memohon secara manual boleh mengunjungi cawangan SPNB untuk mengambil boring. Borang yang sudah di isi boleh dikembalikan kepada cawangan SPNB semula

Bagi yang ingin membuat permohonan secara online, boleh rujuk cara berikut:

  • BUKA LAMAN WEB – Layari https://rmr.spnbonline.com.my/
  • KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  • PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  • LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  • MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  • SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  • MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
  • SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB – Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 2025

  • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON (JIKA DILULUSKAN)

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

By WAN

2 thoughts on “RUMAH MESRA RAKYAT 2025 – SEMAKAN”
  1. Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini memang satu inisiatif yang sangat baik untuk membantu rakyat yang memerlukan. Saya tertarik dengan syarat-syarat yang ditetapkan, terutama bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM 5,000. Adakah program ini juga menyediakan bantuan kewangan untuk pembinaan rumah? Saya rasa ini akan sangat membantu mereka yang mempunyai tanah tetapi kekurangan modal. Selain itu, proses permohonan secara online nampaknya lebih mudah dan cepat. Namun, adakah terdapat sebarang masalah atau halangan yang sering dihadapi oleh pemohon? Saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagaimana pula dengan pemantauan dan penilaian projek ini untuk memastikan keberkesanannya?

  2. Program Rumah Mesra Rakyat 2025 ini memang satu inisiatif yang sangat baik untuk membantu rakyat yang memerlukan. Saya tertarik dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan ini, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Namun, adakah proses permohonan ini benar-benar mudah dan cepat? Saya rasa ada beberapa aspek yang mungkin perlu diperjelaskan, seperti tempoh masa untuk kelulusan permohonan. Selain itu, apakah kriteria khusus yang digunakan untuk menentukan kelayakan pemohon? Saya juga ingin tahu apakah ada bantuan tambahan yang disediakan selain pembinaan rumah? Secara keseluruhan, saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Adakah anda pernah mencuba untuk memohon atau mengetahui lebih lanjut tentang program ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?