SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 - LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 – LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 – LAYAK ATAU TIDAK.Kerajaan telah menambah baik Program Asas Rahmah (SARA) 2025 bagi membolehkan penerima memperoleh barangan keperluan asas mereka melalui penggunaan kredit SARA tanpa menggunakan wang tunai.

Penambahbaikan ini secara tidak langsung memudahkan penerima untuk melakukan pembelian barangan tanpa perlu untuk membawa wang tunai.

BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PORTAL RASMI SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMI PAUTAN
Portal MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal MyKasih

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR

  • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  • Klik [Semakan Status].
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

CARA GUNA KREDIT MYKASIH 2025

Individu yang Lulus dan Penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

BARANG ASAS MYKASIH 2025 TERKINI

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  1. Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  2. Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  3. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  4. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  5. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  6. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  9. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  10. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  11. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  12. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  13. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  14. Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

By WAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?