BARANGAN SARA MYKASIH 2025 – GUNA MYKAD
BARANGAN SARA MYKASIH 2025 – GUNA MYKAD. Penambahbaikan yang telah dilakukan kerajaan untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini telah membolehkan ramai rakyat menerima bantuan dalam bentuk keperluan asas.Perkara ini membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap kelangsungan hidup seharian rakyat.
Artikal ini memberikan info mengenai senarai barangan SARA.
BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co
INDIVIDU LAYAK TERIMA BARANGAN SARA MYKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih (Penerima Sedia Ada)
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
- Lulus STR & BUKAN eKasih (Penerima Baharu)
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
Isi Rumah | – | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | RM50/bulan |
CARA PENGGUNAAN KREDIT SARA MYKASIH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
Rujukan : https://mykasih.com.my/mykasih-app/help.html
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com