SEMAKAN STATUS UPU 2025 – LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN STATUS UPU 2025 – LAYAK ATAU TIDAK. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kesemua calon lepasan SPM yang membuat permohonan lanjutan pelajaran kini boleh menyemak keputusan permohonan.
Jom lihat cara semak keputusan dalam artikal ini.
BACA JUGA DI SINI : https://malaysiatv.co/
TARIKH SEMAKAN UPU 2025
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPTA / MARA BPT) kini boleh mula menyemak keputusan di JPT UPU bermula pada 16 Jun 2025 (12:00 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (5:00 petang) sahaja.
PAUTAN UPU 2025
- UTM : https://jpt.utm.my/upu
- UUM : https://jpt.uum.edu.my/
- UNIMAS : https://jpt.unimas.my/semakKeputusanSPM.jsp
- UMS : https://jpt.ums.edu.my/
- UMT : https://jpt.umt.edu.my/upu/
SEMAKAN KEPUTUSAN STATUS UPU 2025
Berikut merupakan panduan semakan status keputusan UPU bagi akademik sesi 2025/2026 :
- Pilih salah satu (1) pautan semakan JPT UPU di atas.
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Masuk] / [Capai] / [Semak].
- Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
PENGESAHAN TAWARAN UPU 2025
Keputusan adalah muktamad, calon yang layak menerima tawaran perlu mengesahkan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh 10 hari iaitu 16 Jun 2025 sehingga 25 Jun 2025 sahaja. Sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaan tawaran, calon dianggap menolak tawaran.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Dan MARA BPT kepada calon-calon yang berjaya dan telah mengesahkan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh masa yang ditetapkan.
RAYUAN UPU 2025
Bagi pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my/
Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, calon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.
*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.
Menarik sekali maklumat tentang semakan status UPU 2025 ini. Setiap tahun permohonan lepasan SPM ini memang dinantikan oleh ramai pelajar dan ibu bapa. Proses mengesahkan “Setuju Terima Tawaran” dalam tempoh 10 hari kelihatan agak singkat – adakah ini mencukupi untuk semua calon membuat pertimbangan? Bagaimana pula dengan calon yang mungkin menghadapi masalah teknikal atau kekeliruan semasa proses pengesahan? Adakah ada mekanisme sokongan untuk membantu mereka? Saya tertanya-tanya, apakah kriteria utama yang menentukan kelayakan calon untuk menerima tawaran ini? Secara keseluruhan, saya rasa maklumat ini sangat berguna, terutamanya dengan panduan terperinci yang diberikan.
Kami telah mengintegrasikan libersave ke dalam sistem baucar serantau kami. Sungguh menarik bagaimana pelbagai pembekal boleh disatukan dengan mudah di atas satu platform.