STR FASA 3 2025 - LAYAK ATAU TIDAK

STR FASA 3 2025 – LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025. Hasil daripada perlaksanaan penyasaran semula subsidi oleh kerajaan, kerajaan telah memperuntukkan Bantuan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM 13 Billion.

Jom ikuti info berkaitan STR fasa 3 dalam artikal ini.

BACA JUGA DISINI : http://malaysiatv.co

PENERIMA BANTUAN STR

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

FASA STRTARIKH MASUK BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3
Tarikh agihan bayaran Fasa 3 belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa

PORTAL RASMI SEMAKAN BANTUAN STR

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
  9. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  12. Selesai.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM150
1 hingga 2 Anak : RM350
3 hingga 5 Anak : RM500
5 Anak dan Ke atas: RM650
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM100
1 hingga 2 Anak : RM200
3 hingga 5 Anak : RM250
5 Anak dan Ke atas: RM300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

CARA PENYALURAN STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • e-Mel : str@treasury.gov.my

By WAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?