PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025 – (MyLesen B2)
PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025 – PERMOHONAN ONLINE (MyLesen B2).Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah melaksanakan Program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) dengan Kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Program ini dilaksanakan bagi membantu golongan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah.
BACA JUGA DISINI : https://malaysiatv.co/
SYARAT PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan :
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
CARA PEDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut adalah cara pendaftaran lessen percuma :
- Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
- Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
TARIKH PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025
Permohonan MyLesen B2 dijangka akan berlangsung dari Februari sehingga Oktober 2025.Walaubagaimanapun, pihak berwajib belum membuat sebarang mengumuman tarikh pendaftaran yang rasmi dan pendaftaran biasanya dibuka sehingga kuota penyertaan yang ditetapkan oleh Negeri masing-masing penuh.
KEBAIKAN BANTUAN LESEN PERCUMA
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
MAKLUMAT TAMBAHAN LESEN PERCUMA
Antara maklumat penting berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesenB2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :mylesenb2@jpj.gov.my