PISMP IPG 2025 SEMAKAN – ONLINE
APA ITU PISMP IPG
IPG merupakan Institut Pendidikan Guru (sebelumnya Maktab Perguruan) telah melaksanakan program Ijazah Sarjan Muda Perguruan (PISMP).Graduan pertama IPG telah menamatkan pengajian dan menerima ijazah maktab perguruan pada tahun 2011. PISMP IPG 2025 – Semakan online.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengajak calon yang berkelayakan daripada kalangan lepasan SPM, STPM, STAM serta lepasan Program Matrikulasi untuk memohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025.
Buat para pemohon IPG . Info mengenai tarikh penting dan pautan semakan tawaran kemasukan IPG 2025 Online untuk sesi ambilan 2025. Mengikut kalendar aktiviti permohonan IPG (sebelumnya Maktab Perguruan), semakan Keputusan IPG 2025 (PISMP) Online bakal diumumkan pada bulan Julai dan tertakluk kepada perubahan.
Tawaran IPG 2025 Online – PISMP. Panduan buat para pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2025. Pasti ramai yang bertanya bilakah tarikh semakan keputusan IPG 2025 diumumkan termasuk semakan UKCG, panggilan temuduga dan tawaran calon berjaya.
BACA JUGA DI SINI : MALAYSIATV.CO
TARIKH SEMAKAN PISM IPG 2025
23 Februari 2025 : Iklan permohonan PISMP Ambilan 2025
24 Februari 2025 : Permohonan secara online di buka
16 Mac 2025 : Permohonan PISMP ditutup
19 Mac 2025 : Semakan Layak UKCG
24 – 28 Mac / 7 – 11 April 2025 : Pelaksanaan UKCG (Portal PISMP)
24 – 30 April 2025 : Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP (Lepasan SPM & STAM)
14 Mei 2025 : Result UKCG, Check Calon Layak Temu Duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) (Lepasan SPM & STAM)
19 – 23 Mei/ 26 – 30 Mei/ 3 – 4 Jun 2025: Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan temuduga bersemuka secara fizikal (Lepasan SPM & STAM)
SEMAKAN KEPUTUSAN IPG PISMP SECARA ONLINE
semakan panggilan temuduga dan keputusan tawaran IPG boleh disemak di pautan berikut pada tarikh yang dinyatakan di atas.
- Aplikasi PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
- Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk membuat semakan
- Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG yang berkenaan
PERMOHONAN RAYUAN IPG
Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuri syarat-syarat berikut :
A. PEMOHON YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG
Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran.
B. PEMOHON YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG
Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran
Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran
MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.