HARI RAYA HAJI 2025
Hari raya haji merupakan salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia. Perayaan ini merupakan antara hari paling mulia dalam Islam. Ia bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai mematuhi perintah Allah SWT.Walaubagaimanapun, sebelum Nabi Ibrahim dapat mengorbankan Nabi Ismail, Allah telah mengantikan seekor biri-biri untuk dikorbankan.
Sambutan Hari Raya Haji dimeriahkan dengan ibadah korban, iaitu penyembelihan haiwan seperti lembu, kambing atau biri-biri. Daging korban kemudian diagihkan kepada fakir miskin, golongan kurang berkemampuan serta ahli masyarakat setempat.
BACA JUGA DISINI : https://malaysiatv.co/
TARIKH HARI RAYA HAJI
Menurut kalendar Islam (Hijriah), tarikh Hari Raya Haji pada tahun ini di Malaysia dijangka disambut pada Sabtu, 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijrah. Akan tetapi, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia setelah melihat anak bulan Zulhijjah lebih dekat dengan tarikh tersebut.
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2025M / 1446H – 1447H BAGI MALAYSIA
| TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / HARI KEBESARAN ISLAM |
| 27 Rejab 1446H | 27 Januari 2025 | Israk / Mikraj |
| 1 Ramadhan 1446H | 2 Mac 2025 | Awal Ramadhan |
| 17 Ramadhan 1446H | 18 Mac 2025 | Nuzul Quran |
| 1 Syawal 1446H | 31 Mac 2025 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
| 1 Zulhijjah 1446H | 29 Mei 2025 | Awal Zulhijjah |
| 10 Zulhijjah 1446H | 7 Jun 2025 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
| 1 Muharram 1446H | 27 Jun 2025 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
| 12 Rabiulawal 1446H | 5 September 2025 | Maulidur Rasul |
SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI
Solat sunat Aidiladha dilakukan setelah matahari terbit sepenuhnya sebelum masuknya waktu Zohor, pada 10 Zulhijah. Sekiranya berlaku keperluan mendesak seperi benncana alam, solat boleh ditangguhkan hingga tarikh 11 Zulhijah dan kemudian ke 12 Zulhijah.
Solat sunat hari raya mesti dilakukan secara berjemaah. Penyertaan wanita dalam solat berjemaah berbeza dari satu komuniti ke satu komuniti.Slat sunat Aidiladha menandugi dua rakaat dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua seperti mana solat sunat Aidilfiri.
Persediaan dan Sambutan Hari Raya Haji.
- Lakukan Puasa Arafah
Berpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah atau sehari sebelum haji. - Berdoa dan Berzikir
Memperbanyakkan solat, berzikir, dan membaca al-Quran. Ini adalah sebahagian daripada persiapan rohani untuk cuti haji. - Memilih Binatang Korban
Bagi Anda yang berkemampuan, digalakkan membeli haiwan korban seperti lembu, kambing, atau biri-biri. Pemilihan haiwan korban biasanya dilakukan dengan teliti bagi memastikan haiwan tersebut menepati kehendak korban dalam Islam. - Penyediaan Tempat Korban
Penyediaan tempat dan peralatan sembelihan perlu disediakan sebelum penyembelihan dilakukan supaya prosesnya dapat dilakukan mengikut syariat Islam.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI LAMAN WEB JAKIM :
LAMAN WEB JAKIM : https://www.islam.gov.my/ms/