USAHAWAN glamor dan kontroversi Datuk Seri Adnan Abu atau mesra dengan sapaan Datuk Red tidak menyangka dia disambut baik oleh isteri keduanya iaitu penyanyi Adira ketika pulang ke rumah selepas enam hari keluar mencari kerja.

Menurut Adnan, pada mulanya dia bimbang ‘kehilangannya’ itu menyebabkan Adira tidak mahu menerimanya apabila pulang ke rumah.

“Sejak enam hari sebelum itu saya tidak balik dan apabila pulang takut juga nak tahu reaksi Adira, tetapi dia menerima dengan baik dan dia nampak ceria.

adnan 2

Adnan masih berharap ada peluang untuk dia berbaik dengan Adira.

“Malah dia juga banyak mengajar saya cara-cara untuk kendalikan laman TikTok. Katanya, teruskan usaha yang telah saya buat sebelum ini.

“Semoga ini juga menjadi asbab dia tawar hati nak teruskan perceraian,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini Adnan berkongsi video dia keluar berjalan-jalan sekitar Lembah Klang bagi mencari peluang pekerjaan selepas mengumumkan dirinya bankrap sejak lima tahun lalu.

Bercakap secara eksklusif kepada mStar, Adnan nekad untuk keluar rumah kerana tidak mahu lagi menyusahkan isterinya yang selama ini banyak menampung keluarga.

Susulan pendedahan mStar itu, Adnan menerima banyak tawaran kerja untuk menampungnya perbelanjaan kewangannya bagi menyambut hari raya.

Antara pekerjaan yang dilakukan Adanan ialah menjadi duta Baju Melayu keluaran Jakel selama sebulan, jualan kuih raya serta riviu makanan Pak Mat Western.

Kelengkapan raya anak-anak semua sudah selesai. Itu yang menjadi keutamaan saya dalam masa terdekat

DATUK SERI ADNAN ABU

“Syukur selepas temu bual bersama mStar banyak peluang yang saya dapat. Saya pun terkejut. Sebelum ini hidup saya gelap dan sekarang sudah mula nampak sinar.

“Bagaimanapun saya kenalah memilih tawaran. Bukannya nak demand, tetapi dalam usia sekarang ini (46 tahun) perlu pilih kerja yang sesuai,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana hasrat untuk menyediakan kelengkapan menyambut Syawal tahun ini bersama anak-anak dapat dilaksanakan.

adnan 3

Adnan mahu kembali bangkit dalam perniagaan.

Tambah Adnan dia kini dalam usaha mengumpul wang untuk dijadikan modal bagi memulakan perniagaan agar dapat membayar hutang selepas gagal dalam pernigaan sebelum ini.

“Kelengkapan raya anak-anak semua sudah selesai. Itu yang menjadi keutamaan saya dalam masa terdekat.

“Dengan tawaran kerja sekarang ini dapatlah saya kumpul modal bagi memulakan perniagaan. Saya rancang nak jual baju.

“Jadi apabila ada perniagaan nanti saya boleh bayar hutang. Cuma saya minta beri masa dan peluang kerana jumlah hutang sebelum ini terlalu besar,” jelasnya.

Selain pulang ke pangkuan Adira, Datuk Red juga telah bertemu isteri pertamanya dan anak-anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *