PELAKON Datuk Aaron Aziz pernah menasihati Aliff Aziz menjauhi individu toksik ketika kariernya penyanyi itu kembali melonjak selepas menjuari program Gegar Vaganza musim kelapan pada 2022.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, bagaimanapun berkata, isu membabitkan Aliff lebih rumit dan di luar kawalan apabila membabitkan soal peribadi dan perasaan.

“Kalau masalah disiplin atau etika kerja mungkin saya boleh berbincang secara peribadi dengan dia… Ada juga beberapa kali saya tegur.

“Saya boleh nasihat tapi isu dia lain, bukan gaduh atau buat hal dekat set penggambaran. Ini soal hati dan perasaan, tak boleh nak kawal dan tak banyak boleh saya bantu.

size NP 1 - 2024-05-01T170751.440

Aaron pernah menegur Aliff supaya jauhi individu toksik.

“Harap satu hari nanti dia boleh hentikan perkara-perkara begini daripada menganggu kariernya,” katanya kepada mStar.

Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media The Experts di Slate @ The Row 44, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut isu membabitkan Aliff, Aaron sebaliknya meminta perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka terlibat.

Bagi pelakon filem Sheriff itu, Aliff perlu berani menanggung akibat atas perbuatannya sendiri.

“Saya tidak mahu kata saya sokong atau minta beri peluang kepadanya, sebaliknya biarlah pihak berkuasa yang menyelesaikan perkara ini.

“Sendiri buat hal, pandai-pandailah hadap akibatnya. Kalau kena buang atau digam itu adalah kesalahannya sendiri,” ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sendiri buat hal pandai-pandai hadap kesan dia, saya memang tiada komen.

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Ruhainies kemudiannya secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella pada Jumaat lalu namun kedua-dua mereka enggan beremuka dengannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?