Tular mengenai sebuah video yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang jauh termenung, sekali gus mendapat perhatian pengguna media sosial setelah mengetahui mengapakah lelaki itu berbuat demikian.
Pengguna TikTok @ceokuterer memuat naik sebuah video memaparkan reaksinya yang baru tersedar bahawa kunci rumahnya tertinggal jauh di Terengganu, setelah kepenatan memandu pulang ke Kuala Lumpur sewaktu musim Aidilfitri ini.
Kunci rumah tertinggal di Terengganu
Kepenatan memandu yang masih lagi dirasai seakan bertambah-tambah setelah dia mengetahui berita yang cukup menyakitkan jiwa itu.
Menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang 18 jam dari negeri Pantai Timur berkenaan, jelas menunjukkan betapa penat fikirannya mengenangkan insiden tertinggal kunci di kediaman kampung halaman.
Video kunci rumah tertinggal dapat pelbagai respon!
Sejak dikongsikan semalam, video miliknya sudah meraih lebih 770,000 jumlah tontonan. Selain merasa terhibur, ramai juga netizen yang mengimbau kenangan sewaktu mengalami kejadian sama.
@ceokutererJasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.♬ original sound – ACHIK AFIQ 06
Tertutup suis peti ais sebelum balik kampung
Terbawa balik kunci rumah yang salah
Terbawa balik kunci homestay
Tidak ketinggalan, ada yang memberikan idea-idea ‘bernas’ untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dah tak jem, boleh patah balik
Minta orang pos pakai bas
Beli rumah baru
Walau bagaimanapun, pemilik akaun TikTok berkenaan tidak memberitahu bagaimana dia akan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
Dalam pada itu, dia menyambut baik komen-komen yang ditulis netizen dengan lawak lawak jenaka ditinggalkan pada ruangan komen video berkenaan.
Sumber: TikTok @ceokuterer via OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Biasa untuk elakan kunci rumah tertinggal saya satukan dengan kunci kereta .Kalau kes kunci tertinggal jauh sangat mungkin boleh cari kedai buat kunci diaorang ada cara nak buka kunci