Usahawan makanan, Kieda Crepe jual baju jenama sendiri pula selepas perniagaan makanan dengan tagline ‘support vendor’ meraih perhatian ramai.

Guna jenama ‘Kieda Crepe’

Dia yang tampil dengan perniagaan baju membuatkan ramai terkejut memandangkan menggunakan jenama dari namanya sendiri ‘Kieda Crepe’.

Kieda Crepe jual baju jenama sendiri, jual untuk staf ke?

Susulan daripada itu, ramai yang keliru dengan tindakan Kieda mengeluarkan merchandise jenama yang sinonim dengan kedai makanan pencuci mulut miliknya.

Ada juga yang bertanya jika membeli baju tersebut, adakah hanya sesuai untuk pakai ke kedai usahawan itu ataupun dia menjualnya semata-mata untuk para pekerja di kedainya sahaja.

Kieda Crepe jual baju jenama sendiri, katanya harga tak marhaen?

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tentang harga merchandise yang dikeluarkan oleh Kieda kerana agak mahal dan setara dengan harga di butik-butik di pusat beli belah.

Kieda Crepe jual baju jenama sendiri, kenapa tak jual tupperware je

Susulan daripada itu, pelbagai respon diterima daripada warganet selepas video sewaktu dia membuat siaran langsung mempromosikan baju-baju keluaran jenamanya dikongsikan semula ke platfrom X milik twtbiy.

Ada di antara mereka bertanya kembali kepada pemilik nama sebenar,  Nur Khalieda Yusra mengapa tidak menjual sahaja produk yang berkaitan dengan perniagaan makanannya seperti bekas menyimpan makanan ataupun mesin kecil bagi memantau tahap gula dalam badan.

Buat baju untuk staf saja sudahlah

Ada ke orang nak beli logo besar2 macam tu?

Jual sekali dengan penyagkut ke? Sebab nak support vendor kan

Artis2 jual faham boleh pakai pergi konsert, tapi dia….

Kieda Crepe jual baju jenama sendiri

Sumber: X twtbiy via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?