Sedia maklum, semalam kecoh di media sosial mengenai seorang usahawan serta influencer popular berlaku curang dengan staf perempuan yang sering bersama dengannya jika membuat video ataupun live di TikTok.
Susulan sudah menjadi viral kes curang ini, teruk ‘penyondol’ bernama Mira itu dihentam dan netizen bercadang untuk memboikot wanita tersebut seumur hidup.
Lihat siaran ini di Instagram
Bukan itu saja, posting Mira yang sebelum ini juga menjadi perhatian kerana rata-rata netizen meluat melihat wanita tersebut memuat naik foto dengan kapsyen seolah-olah diri itu baik.
Dapat dilihat kapsyen panjang yang ditulis dalam foto tersebut dia mengatakan tiada manusia yang sempurna dan setiap manusia perlu memahami orang lain agar tidak mementing diri.
Kisah curang ini didedahkan sendiri oleh isteri influencer tersebut di laman Facebook dan difahamkan daripada pendedahannya itu, Mira sudah menjalinkan hubungan dengan suami agak lama, malah mereka juga banyak kali tidur di hotel serta bercuti bersama.
Sumber : Beautifulnara.com
PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.