PETALING JAYA -“Saya tak jangka semua ini. Terima kasih banyak kepada Active Blast dan ‘Mickey’ (Faisal Halim) atas pemberian ini”.

Demikian kata, penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan ketika menerima hadiah sebuah motosikal baharu daripada pemain sayap negara, Faisal dalam satu majlis ringkas, hari ini.

Menerusi video di Instagram Story Blast Active, memaparkan Faisal bersama penajanya Blast Active menyerahkan motosikal jenis LC135 kepada Derrick.

Pada masa sama, Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada Derrick kerana sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia dekat Doha, Qatar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Blast Active (@blast.active)

“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast Active, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu.

“Jadi saya dah niat dengan Blast Active nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo, melaporkan Derrick, 30, tular di media sosial kerana sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan di Piala Asia.

Derrick yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka, mula tular apabila reaksinya menangis kegembiraan dirakam menerusi siaran langsung yang dipertontonkan kepada seluruh dunia. –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/ Kredit : KOSMO! ONLINE

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?