Terbaik! Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang di Anugerah Golden Globe

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat pada Rabu.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal menerusi filem lakonannya Everything Everywhere All At Once.

michelle2 - 1

Michelle membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Dalam pada itu, Michelle juga merupakan pelakon Asia kedua yang memenangi kategori berkenaan selepas Awkwafina, pelakon Amerika Syarikat yang berdarah campuran Cina memenanginya tiga tahun lalu menerusi filem The Farewell.

Selain Awkwafina, ia turut mencalonkan pelakon-pelakon Asia lain termasuk Machiko Kyo (The Teahouse of the August Moon – 1956), Miyoshi Umeki (Flower Drum Song – 1961), Yvonne Elliman (Jesus Christ Superstar – 1973), Hailee Steinfeld (The Edge of Seventeen – 2016) yang berketurunan Filipina dan Constance Wu (Crazy Rich Asians) pada 2018.

Untuk info, Michelle mula melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa apabila beliau berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem Bond 1997, Tomorrow Never Dies.

Antara filem-filem Hollywood yang dilakonkan oleh primadona ini termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/01/11/terbaik-michelle-yeoh-pelakon-malaysia-pertama-menang-di-anugerah-golden-globe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *