Ogy Ahmad Daud atau dikenali sebagai Fauziah Ahmad Daud, 60 dan adiknya Fazlina Ahmad Daud berkongsi kemeriahan Syawal terasa kurang tanpa ibu bapa di sisi.

Fazlina mengatakan kemeriahan raya tahun ini kurang meriah disebabkan ibu mertuanya baru sahaja meninggal dunia.

Namun menurut  Ogy, dirinya lagi sunyi disebabkan tiada keluarga mertua dan ibu bapa. Dia pernah beraya keseorangan ketika  ayahnya Dato’ Ahamd Daud telah meninggal pada tahun 2002 dan Ogy bercerai dengan pelakon Malaysia, Eman Manan pada tahun 2003. Malahan, ibunya Datin Hajjah Saadiah meninggal tahun 2005.

Kehilangan ibu bapa dan perceraian membuatkan Ogy berasa sunyi pada waktu itu. Beliau sehingga kini masih lagi belum berkahwin selepas bergelar janda selama 21 tahun.

takde sapa nak amik saya sebagai anak menantu, katanya berseloroh.

saya bercerai pun secara senyap dan tak kecoh macam artis sekarang ni, sambungnya.

Ogy turut berkata dia tidak ingin berkahwin lagi dan selesa hidup sendirian tanpa lelaki di sisi.

Kredit: Mingguan Wanita via BorakViral

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?