Siti Elizad syukur dikurniakan suami penyayang meski 8 tahun tanpa zuriat…”Lelaki ini tak pernah gagal gembirakan saya”

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang kelapan, pelakon Siti Elizad meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia cukup bertuah kerana memiliki suami yang mampu memberikan kebahagiaan meskipun mereka belum dikurniakan cahaya mata.

“Allah temukan dia insan paling tenang dan sabar. Terima kasih ya Allah untuk semua ini.

“Mungkin belum ada rezeki lagi untuk rasa kemeriahan suara anak-anak di rumah tapi lelaki ini adalah orang yang tak pernah gagal buat saya gembira. Sayang awak hingga ke syurga,” katanya menerusi Instastory.

Bersama status itu dia turut memuat naik foto selfie bersama suami.

Dalam perkongsian yang lain, Elizad juga berharap agar soalan mengenai anak tidak ditanya lagi kerana ia akan melukakan hatinya.

“Jangan ditanya soalan yang menjadi rahsia Allah kerana ia akan menggores hati seseorang. Bersabar dengan ujian Allah dan reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Sementara itu, Elizad juga berharap agar hubungan perkahwinan mereka itu dirahmati Allah SWT.

“Semoga Allah membimbing kami ke jalan yang benar dan bantu kami buat keputusan yang betul, sentiasa ikuti ajaran al-Quran dan jadikan hidup kami aman dan tenang.

“Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan selamatkan kami,” ujarnya.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pasangan ini juga pernah menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *