”Setia Macam Mana Pun” Luahan Shikin Maembong Di Tiktok Buat Ramai Doakan

Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong menarik perhatian ramai di aplikasi TikTok apabila berkongsi pengalaman menjalani bahtera rumah tangga sebagai isteri kedua.

Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa.

“Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir. Sakit pun seorang diri drive (pandu) kereta pergi hospital.

“Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu,” tulisnya dalam sebuah video dimuat naik baru-baru ini.

“Walaupun madu (isteri pertama) terima, tetap kena mengalah kalau laki (suami) tak balik rumah. Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri.

“Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga,” luahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi berhubung perkongsian berkenaan termasuk mendoakan Shikin terus kuat menerima dugaan dalam kehidupannya.

Untuk rekod, Shikin pernah berkahwin dengan anak kepada cef selebriti, Chef Wan iaitu Chef Riz pada 2014 namun berpisah dua tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seoang cahaya mata perempuan Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.

Dia kemudian bertemu jodoh dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya sekali gus memilih untuk menjadi isteri kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *