Selepas Penampilan Terbaru Isteri Dikritik, Kini Haqiem Rusli Mula Buka Mulut

Selepas penampilan dan paras rupa isterinya dikritik, penyanyi popular, Haqiem Rusli tampil memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya memaklumkan, dia sedar dengan dugaan yang menimpa mereka.

Namun, Haqiem atau nama penuhnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 24, berkata, dia akan melalui proses susah senang itu bersama-sama isterinya, Anis Sofea.

“Banyak dugaan datang menimpa. Tapi kita lalui sama-sama tau sayang. I love you so much,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Anis mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya pada satu syawal lalu.

Malah, penampilannya baru-baru ini dikritik lagi apabila netizen mendakwa Anis tidak bersiap untuk menghadiri majlis dek kerana tampil dengan gaya rambut bersanggul.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang mengatakan wajah Anis juga persis usahawan kontroversi, Kak KM.

Bagaimanapun, Haqiem sebelum ini menegaskan perbuatan Anis menanggalkan hijab adalah satu ujian dalam rumah tangganya, namun dia sebagai suami tidak akan berhenti mendidik isterinya itu.

“Apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

“Saya terima ujian ini dalam masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” jelasnya.

Sumber : Xtra

PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *