”Rasalah Perbezaan Itu Sebab Sebelum Ni” Baru Je Kahwin Ini Permintaan Julia Farhana Kepada Suami

Pelakon, Julia Farhana Marin pastinya sedang diulit bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada pertengahan Disember yang lalu.

Walau bagaimanapun, Julia menjelaskan kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan suami tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan.

Memetik laporan dari Astro Gempak, pelakon berdarah Melayu-Itali itu menyifatkan hubungan mereka seperti rakan baik dan gembira apabila kemana sahaja ada teman yang menjaganya.

“Alhamdulilah seronok kahwin. Saya happy sebab sekarang dah ada bestfriend yang boleh teman saya ke mana sahaja.

“Bangun pagi dia ada disisi dan balik kerja pun ada teman nak borak dan cerita. Dia seorang yang caring dan loving.

Rasalah perbezaan itu sebab sebelum ni saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suami malah apa jua keputusan terutama dalam tawaran berlakon saya alan berbincang dengannya dahulu sebelum terima,” katanya.

“Saya berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung…belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna sebab saya minta masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarga dia.

“Jadi dia sangat memahami kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan dia tetap bimbing saya setiap hari.

“Kami dating pun mula-mula terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat jemaah.

“Yelah waktu tu terkejut tak pernah orang ajak dating pergi masjid. Ketika itu kami baru tiga minggu berkenalan,” kongsinya.

Untuk rekod, Julia Farhana telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada Disember lalu. Perkara itu diumumkan sendiri olehnya setelah pulang dari berbulan madu dan menyatakan telah dua minggu bernikah.

Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Laana Haura.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *