Penyanyi bervokal lantang, Hafiz Suip menegaskan dirinya tidak pernah mengambil barang terlarang seperti yang didakwa segelintir pihak.
Bukan batu, tapi slip disc
Ketika ditemui, pemilik nama lengkap Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, sebaliknya memberitahu perubahan fizikal yang dilihat semakin kurus disebabkan penyakit slip disc yang dihidapinya.
Korang nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah dan benda-benda yang korang tuduh itu.
Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing dah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tapi sebab untuk fitness saya, kesihatan diri. Itulah sebab kenapa saya kurus.
Satu lagi sebab slip disc yang saya hidap sejak beberapa tahun lalu. Oleh itu saya betul-betul perlu jaga kesihatan.
Hafiz berkata demikian sejurus usai Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, pada Sabtu.
Melanjutkan bicara, pelantun lagu Noktah Cinta ini berkata penyakit tersebut tidak menganggu suaranya, namun sedikit sebanyak memberi kesan kepada pergerakan.
Sejujurnya kalau dari segi suara, tak memberi kesan tetapi ia sedikit sebanyak memberi impak terhadap pergerakan badan saya.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk turut serta dalam program nyanyian yang memerlukan saya beraksi lasak, tetapi saya berterus terang, saya tak boleh lakukan kerana saya ada masalah kesihatan.
Takkanlah disebabkan saya nak masuk program itu, saya nak korbankan atau mencederakan diri kita. Saya rasa, banyak lagi cara lain, ada rezeki lain, Insya-Allah.
Terdahulu, persembahan Hafiz menerusi lagu Ku Akui dan Tak Mungkin Kerana Sayang di Konsert Konsert By Ajai & Mega Friends mendapat ‘standing ovation’ dan tepukan gemuruh oleh penonton.
Hal itu sekali gus mengubati kerinduan peminat selepas tiga tahun juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu menyepi dari industri.
Selain Hafiz, konsert anjuran Manara Network itu turut menampilkan Aina Abdul, Ill Sabry, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Aufahanie.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Oh bulan