Sejak menyambut bulan Ramadan dua minggu yang lalu, ada saja yang kita dengar luahan hati pembeli yang tidak berpuas hati dengan jualan peniaga di bazar Ramadan.

Kebanyakannya meluahkan rasa kesal apabila harga makanan yang dijual terlalu tidak setanding dengan kualiti makanan yang dijual.

Mufti Pulau Pinang bersuara

Kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor, akan ada Neraka Wail menanti peniaga yang melakukan penipuan termasuk menjual makanan tidak berkualiti di bazar Ramadan.

Hukum perbuatan begini adalah haram di sisi syariat Islam dan di dalam al-Quran terdapat ancaman dengan Neraka Wail ke atas para peniaga yang menipu timbangan atau sukatan.

Iman seseorang semakin terhakis

Tambahan Wan Salim lagi, zaman kini, iman dan akhlas seseorang semakin lama semakin terhakis dan ramai juga meminggirkan ajaran agama termasuklah umat Islam.

Bahkan memberi pandangan sepatutnya di bulan Ramadan umat Islam perlu perbanyakkan infaq dan beri jamuan kepada yang berpuasa, bukannya menganiaya pembeli.

Tetapi dukacitanya ada peniaga yang tergamak menjual makanan basi di bazar Ramadan dan ini termasuk dalam kategori perbuatan tidak beretika yang sudah pasti hukumnya adalah haram.

bazar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : MalaysiaGazette via BeautifulNara

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?