Tak pakai mekap pun cantik! Penampilan anak perempuan Shah Rukh Khan dipuji ramai

CANTIK semulajadi… Penampilan anak kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan menarik perhatian ramai apabila tampil dengan wajah tanpa secalit mekap.

Memetik laporan HindustanTimes, Suhana dilihat keluar bersama ibunya, Gauri Khan yang dipercayai ingin berkunjung ke kediaman rakannya pada petang Ahad.

suhana3 - 1

Suhana bersama bapanya, Shah Rukh Khan.

Suhana dilihat tidak mengenakan sebarang solekan dan hanya berpakaian menggayakan t-shirt putih serta jaket kelabu yang dipadankan dengan seluar hitam.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah anak gadis aktor berkenaan masih kelihatan cantik walaupun tanpa mekap.

Rata-rata peminat memuji kecantikan gadis berusia 23 tahun itu dan menyifatkan sebagai seorang yang rendah diri walaupun merupakan anak perempuan kepada seorang bintang terkenal Bollywood.

“Anak Shah Rukh Khan sentiasa kelihatan manis walau dalam keadaan apa sekali pun.

“Benar, saya rasa dia juga rendah diri walaupun anak kepada bintang terkenal Bollywood.

“Dia sebenarnya kelihatan agak cantik tanpa solekan seperti yang sering ditonjolkan sebelum ini,” tulis netizen.

suhana2 - 1

Suhana bakal muncul dengan filem pertama, Zoya Akhtar’s The Archies.

Untuk info, Suhana bakal membuat kemunculan pertama menerusi filem Zoya Akhtar’s The Archies arahan pengarah Zoya Akhtar.

Difahamkan, filem berkenaan akan disiarkan di platform penstriman Netflix tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *