”Orang Bukan Dalam Industri Tak Tahu” – Tak Sangka Ramai Terkejut Fasha Sandha Dedah Sesuatu Pasal Azhan Rani

Insiden kecederaan mata yang dialami oleh pelakon, Fasha Sandha telah mengejutkan ramai pihak sehingga mencetuskan dakwaan tentang lakonan Fasha dan Azhan Rani ‘overacting’ ketika di set pengambaran.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), Azhan memuat naik video yang terkandung mesej suara perbualannya bersama Fasha berkenaan kejadian yang berlaku itu.

Melalui mesej suara tersebut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan menegaskan bahawa insiden tersebut terjadi bukanlah kerana Azhan Rani menolaknya dengan kuat tetapi dirinya sendiri yang terjatuh.

Orang bukan dalam industri ini tak tahu, bukannya tolak betul-betul pun. Saya tak nak orang salahkan abang.

Susulan itu, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu tidak mahu mengulas lanjut tentang insiden yang berlaku. Katanya lagi, dia menyerahkan kepada Fasha untuk menjelaskan selepas pulih dari kecederaan. Buat masa ini, dia akur menerima segala komen dan kecaman daripada semua pihak.

Maaf saya tak berminat nak ulas apa-apa buat masa ini, biar Fasha sendiri selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan. Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan, lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan.

Azhan yang juga baru sahaja melawat Fasha, memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan aktres berumur 38 tahun ini.

Jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya agar dia kembali pulih macam selalu.

Dalam pada itu, Fasha juga turut berkongsi tentang keadaan matanya yang masih lagi memerlukan rawatan dan juga perlu berehat untuk melegakan bengkak supaya penglihatannya yang kabur dapat pulih kembali. Setelah itu dia akan memberikan kenyataan berhubung kejadian itu.

InsyaAllah saya akan bagi kenyataan dua tiga hari lagi sebab buat masa sekarang saya tak boleh menulis. Tulisan akan jadi dua, nak cari nombor telefon pun nampak double tulisan itu. Tapi InsyaAllah selepas bengkak dekat mata ini hilang, semuanya akan baik-baik sahaja.

Terdahulu, tulang mata kiri dan bebola mata Fasha berdarah serta bengkak dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika menjayakan lakonannya.

Sumber : Instagram Azhan Rani

PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

One thought on “”Orang Bukan Dalam Industri Tak Tahu” – Tak Sangka Ramai Terkejut Fasha Sandha Dedah Sesuatu Pasal Azhan Rani

  1. Saya pon pernah berlaku selepas excident moto benkak di sebelah mata kiri penglihatan kabur dan tulisan menjadi dua susah nk lihat yg mana betul .tapi semasa dialami sewaktu sblum semboh saya syorkan akak nk lihat mata yg blum sembuh tu jgn celik sgt takot lambat surut bekak di mata tu .kena pejam ja klau bole nk tegok ap² benda. insyaallah cepat pulih surut benkak di mata tu. janji jagan paksa celik aktif mata akak sebelah yg cerdera tu. insyaallah cepat semboh .boleh cepat dapat penglihatan mcm biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *