”‘On & Off’ Sejak 4 Tahun Lalu…” – Akhirnya Pelakon Julia Farhana Buat Keputusan Ini

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan dia sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung namun terpaksa melakukannya secara ‘on and off’ kerana terikat dengan tuntutan kerja.

Namun, memasuki tahun ini, Julia, 29, mengambil keputusan untuk terus berhijab penuh dan istiqamah dengan keputusannya itu.

“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai tudung sejak empat tahun lalu secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan sepenuhnya pada ketika itu.

“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.

“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” katanya kepada MH.

Berkongsi lanjut perjalanan penghijrahannya itu, Julia berkata dia masih lagi belajar dan terbuka dengan segala teguran yang diberikan terhadap dirinya.

“Meskipun sudah bertudung, banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.

“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat.. jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” katanya lagi.

Untuk info, Julia yang berdarah kacukan Melayu-Itali ini berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom pada 14 Disember tahun lalu.

Sumber : Mh

PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *