“Permaisuri hati saya..”- Setelah 11 tahun, Oktovia Manrose syukur diberi peluang melahirkan zuriat

Tahniah diucapkan kepada pelakon Oktovia Manrose yang telah pun selamat bersalin cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu kira-kita jam 8.40 malam.

Memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagram pada Rabu, Oktovia di dalam hantaran sama turut syukur gembira apabila sekali lagi diberi peluang melahirkan zuriat selepas 11 tahun.

“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah I termahal buat saya dan suami. “Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 22 jam 20.40 malam.

“Rahsia Allah dan perancanganNya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

“Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” tulisnya menerusi kapsyen pada video yang merakamkan dirinya yang sedang memangku bayi yang baru sahaja dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan doa yang terbaik selain memberikan dedikasi buat suami tersayang.

“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan nerak4.

“To my love, @khairulefsan Thank you for being my partner, and a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength.

“May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!,” kongsinya lagi.

Imbas kembali, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *