Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.

Terbaharu, pengikutnya dalam Instagram sekali lagi meneka bahawa Neelofa sedang hamil anak ketiga apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Netizen dakwa ada babybump?

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, menjadi tumpuan mata ‘tajam’ netizen apabila rata-rata mendakwa melihat penampakan baby bump pada bahagian perutnya walaupun Neelofa memakai jubah potongan longgar.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menitipkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada bekas pengacara rancangan MeleTOP itu sedang hamil atau tidak.

“Macam nampak baby bump je.

“Macam baru je umum Abbas lahir, alhamdulillah rezeki lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Rasanya ini gambar keberapa dah yang rasa neelofa macam pregnant je.

“Tahniah, Insyallah girl,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.

Sumber:Gempak

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?