Sebelum ini pelakon Fattah Amin mengatakan dia masih lagi menyayangi bekas isterinya, Nur Fazura meskipun aktres itu nekad untuk bercerai demi maruah.
Terbaru, tular video di TikTok memaparkan Fattah sedang makan sendirian di sebuah restoran sambil bermain telefon.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah cincin yang disarung di jari manis aktor berkenaan dipercayai cincin perkahwinannya bersama Fazura sekaligus menjadi bualan.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendakwa pelakon itu masih menyayangi bekas isterinya kerana tetap memakai cincin perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika lelaki tidak sayang sudah pasti tidak akan memakai cincin kahwin kecuali ianya sudah hilang. Malah, ada yang masih berharap agar Fattah rujuk semula dengan bekas isterinya.
SUMBER: Utusan