Sejak minggu lalu nama usahawan Lydia Rosli hangat diperkatakan apabila meluahkan perasaan cinta dan mahu berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo Xander.
Terbaru, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu mengakui sudah berhabis ratusan ribu ringgit melakukan pembedahan membuang perut dan lemak agar kelihatan cantik untuk bakal suami.
Memetik Oh Bulan, Lydia berkata dia berjaya menurunkan berat badan hampir 15 kilogram selepas melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta pada tahun lalu.
Menurut Lydia, dia mengaku mahu mengecilkan badan untuk kelihatan cantik dan dia ada keyakinan untuk berkahwin semula serta untuk malam pertama nanti.
“Dulu berat saya 85 kilogram dan nampak sangat berisi. Sekarang sudah 70 kilogram. Saya memang nak kecilkan badan untuk kelihatan cantik. Secara jujur, saya rasa lebih cantik ketika umur 47 tahun berbanding zaman muda. Terus ada keyakinan dan rasa nak kahwin semula.
“Saya rasa yakin untuk malam pertama nanti. Tetapi, si dia pula yang tak bersedia nak kahwin. Saya anggap itu alasan dan saya hormat keputusan dia. Mungkin ini jalan terbaik untuk saya tambah lagi keyakinan diri,” katanya.
Sementara itu, Lydia berkata meskipun cintanya tidak berbalas namun dia tidak menyesal berhabis RM200,000 untuk melakukan pembedahan berkenaan dan hatinya sudah terbuka untuk mengenali mana-mana lelaki.
“Soal jodoh itu Allah yang pegang hati dia. Kalau bukan dia jodoh saya, saya tak kisah. Sebelum ini saya tak ada kawan. Tengok lelaki saya rasa kosong. Sekarang tengok lelaki baru okey.
“Dulu rasa kosong sebab trauma dengan perkahwinan kedua. Saya tak benci lelaki, cuma rasa tak ada apa-apa dekat mereka. Lelaki tak boleh ubah saya. Saya bekerja keras cari duit masa itu,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan/https://www.rotikaya.com/