”Kena Tengok Movie Tu Dulu” Ramai Terkejut Jawapan Amelia Henderson, Bila Ditanya Soalan Ini

Sama seperti Alif Satar, pelakon Amelia Henderson menjelaskan dia tidak terbabit dengan babak kontroversi dalam filem Pulau yang didakwa terdapat adegan kurang sesuai untuk ditonton.

“Orang kena tengok movie (filem) itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.

PERTAMA kali bergandingan dengan kakaknya iaitu Amelia Henderson, pelakon baharu Alex Henderson mengakui teruja kerana akhirnya dapat berlakon dengan aktres itu dalam filem terbaharu berjudul Pulau.

Alex atau nama sebenarnya Alexander Rudra Keith Henderson, 23, berkata, sebelum ini dia hanyalah seorang pelakon suara latar bagi filem animasi tetapi bersetuju menerima tawaran berlakon filem berkenaan selepas dipujuk oleh kakaknya.

“Saya dan kakak memang rapat dan dia selalu ajak untuk berlakon bersama. Tetapi sebelum ini saya dekat Korea dan tak ada masa yang cukup sebab banyak kerja.

“Sekarang kami bekerja dalam satu produksi yang sama menerbitkan program Studio Sembang, jadi tak susah la nak bekerja sekali.

Sementara itu, Alex berkata kehadirannya dalam industri lakonan bukanlah kerana mahu menumpang populariti kakak, sebaliknya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu.

“Dia selalu pujuk saya untuk berlakon sama, tetapi saya tak nak sebab Amelia sebelum ini banyak buat drama. Tapi apabila dia ajak berlakon filem seram, jadi saya setuju.

“Sebelum ini pun saya tak suka nak ikut dan teman kakak pergi mana-mana acara hiburan, jadi kalau nak kata tumpang populariti itu rasanya jauh sangat,” katanya.

Apabila ditanya sekiranya dia mengetahui tentang babak panas itu, Amelia berkata dia hanya memberi fokus terhadap watak dan jalan cerita supaya dapat dilakonkan dengan sepenuh jiwa.

“Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” ujar pelakon berusia 27 tahun itu.

Selain Alif dan Amelia, ia turut menampilkan pelakon Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Pui Yi dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *