Dipuji Persis Pelakon Terkenal, Netizen Perasan Sesuatu Yang Tak Kena Pada Fasha Sandha

Baru-baru ini, penampilan pelakon terkenal, Fasha Sandha sewaktu hadir ke sebuah gedung pakaian bersama suami telah meraih perhatian ramai.

Dalam hantaran berkenaan, turut kelihatan suami aktres kelahiran Pulau Mutiara iaitu Aidil Aziz.

Perkongsian video berdurasi 11 saat itu telah menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet sebaik sahaja melihat penampilan Fasha sewaktu memilih jubah berwarna hitam kemewahan tersebut.

Netizen memuji bentuk fizikal pelakon drama Dendam Seorang Isteri yang kelihatan semakin langsing meskipun sudah memiliki tiga orang anak.

Bukan itu sahaja, penampilan Fasha juga disamakan dengan bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapoor berdasarkan bentuk tubuh dan rupa parasnya yang sentiasa jelita dan awet muda.

Pun begitu, ramai di kalangan warga TikTok menegur seluar yang dipakai oleh Fasha yang dilihat sangat ketat sehingga menampakkan ‘aset’ wanita dengan jelas.

Pelakon berkaliber, Fasha Sandha menepis dakwaan dirinya hamil anak keempat.

Ia ekoran sebuah video memaparkan ibu anak tiga ini sedang membeli belah tular di aplikasi TikTok memperlihatkan perutnya seperti mengandung.

Tidak berdiam diri, Fasha menerusi ruangan komen di hantaran sebuah portal hiburan menjawab persoalan ramai sekaligus menganggap isu tersebut sebagai ‘body shaming’.

Sementara itu, ada juga warganet menjelaskan Fasha berpakaian sedemikian kerana baru sahaja selesai melakukan aktivit senaman di gimnasium.

Pun begitu, meninjau ke laman Instagram aktres jelita berkenaan, dia sempat berkongsi beberapa hantaran bersama pihak Alfaro dan juga ahli keluarga serta rakan kenalan.

Apa-apa pun, didoakan semoga Fasha sekeluarga mendapat umrah yang mabrur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *