”Kami Sudah Menghadiri Kursus Kahwin” Akhirnya Pelakon Syafiq Kyle Dedah Status Hubungan Dengan Mimi Lana

Selepas sering diasak mengenai perkahwinan, aktor Syafiq Kyle memaklumkan berita gembira bahawa dia kini sedang melakukan persiapan untuk menikahi aktres Mimi Lana dalam tahun ini.

“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.

“Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga. Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya.

“Ketika ini saya sibuk mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Apa yang boleh saya kongsi, kita dulukan apa yang wajib sebelum memikirkan mengenai soal lain,” ujarnya lagi.

Enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang, pelakon Syafiq Kyle sebaliknya ingin berubah menjadi insan lebih baik sebelum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, tiada apa lagi yang ingin dikejar pada usia mencecah 30 tahun.

Bagi pelakon yang bakal muncul dengan filem Siku 12: Langkah Derhaka, jodoh akan tiba bila-bila masa. Jadi, dirinya memohon doa yang baik-baik dan mengharapkan sokongan orang terdekat.

Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengakui rimas apabila kisah peribadinya lebih diperkatakan berbanding karier seninya.

Sekadar info, pasangan berkenaan mula terbuka untuk berkongsi tentang hubungan istimewa mereka pada 2019.

Namun begitu, hubungan mereka dikatakan putus sekitar Mei 2020 sebelum kembali menjalinkan hubungan beberapa bulan selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *