PELUANG pekerjaan yang banyak di samping tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja sambil melalui kesulitan hidup di kota.

Malah ada yang terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dalam jarak jauh dan menempuh kesesakan lalu lintas demi gaji tinggi bagi menyara keluarga tercinta.

Seperti kisah seorang lelaki menerusi satu hantaran tular, dia mempersoalkan sejauh mana dirinya mampu bertahan dengan kehidupan semasa yang penuh cabaran.

Tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja di kota. -Gambar hiasan The Star

Tawaran gaji lumayan membuatkan generasi masa kini sanggup bekerja di kota. -Gambar hiasan

Apatah lagi, situasi yang dilaluinya itu membuatkan dirinya keletihan sama ada sebelum mahupun selepas pulang dari kerja.

“Aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan hadap perkara (kesesakan lalu lintas) ni setiap hari,” keluhnya di laman X.

Kesulitan tersebut membuatkan dia meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan yang disandang dan pulang ke kampung halaman seterusnya menjalani kehidupan yang tenang.

At this point rasa nak berhenti kerja, berniaga apa sahaja di depan rumah atau balik kampung,” luahnya lagi.

Pada masa sama, lelaki ini turut berharap dapat bekerja dalam sistem syif berbanding waktu pejabat.

Malah dia juga mengakui sanggup ‘hilang’ nikmat cuti hujung minggu demi mengelakkan kesesakan setiap hari.

Aku pun tak tahu macam mana boleh hadap trafik sesak hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang rasa macam bodoh pun ada sebab buang masa kat atas jalan.

WARGA MAYA

“Aku rasa rotation shift lebih sesuai, bukan waktu pejabat… tak cuti Sabtu dan Ahad pun tak apa, aku reda daripada hadap kesesakan macam ni setiap hari,” tambahnya.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya mengakui turut melalui situasi sama.

Tidak kurang juga yang berkongsi kaedah lain bagi mengelakkan diri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Warga maya turut mengakui kesukaran yang sama sepertinya.

Warga maya turut mengakui kesukaran yang sama sepertinya.

“Kalau mampu, naiklah motor. Banyak perkara boleh jimat, berisiko atau tak… nombor dua, kalau sendiri yakin.

“Saya dah bertukar nai MRT sejak tempat kerja dekat dengan stesen… dalam proses untuk tidak lagi ke tempat kerja selepas ini.

“Aku pun nak pindah jauh dari bandar, nak nangis rasanya hadap ‘jam’ setiap hari.

“Aku pun tak tahu macam mana boleh hadap kesesakan hari-hari pergi kerja. Kadang-kadang rasa macam bodoh pun ada sebab buang masa kat atas jalan,” ujar beberapa warga maya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?