SEMEMANGNYA mencabar mental dan fizikal apabila seseorang doktor itu dipanggil bertugas (on call) di luar waktu kerja.

On call merupakan istilah untuk doktor yang ditugaskan untuk kerja lebih masa selepas waktu pejabat sehingga keesokan hari.

Meskipun penat bekerja selama berjam-jam, mereka akan diberikan elaun tambahan atas tugas yang dilakukan.

Bagi seorang doktor yang berkhidmat di sebuah hospital, dia tidak terkecuali merasai pengalaman itu.

Doktor bekerja selama berjam-jam di hospital. -Gambar hiasan Freepik

Dia bukanlah merungut mengenai kepenatannya bekerja, sebaliknya teruja untuk berkongsi ‘sisi gelapnya’ setiap kali bertugas lebih masa.

“Aku doktor kat hospital. Ada hari aku kerja 36 jam secara terus sebelum pulang ke rumah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Di sebalik bekerja dalam tempoh yang panjang, rupa-rupanya dia mempunyai idea untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Dakwanya, apa yang dilakukannya itu sangat mudah tetapi memberikan hasil yang lumayan dengan hanya menjual pakaian dalam.

“Seluar dalam masam yang aku pakai masa on call tu aku jual laku gila weh. Lagi banyak dapat daripada elaun on call aku RM200 sekali on call,” ujarnya.

Pakaian dalam yang dipakai dalam tempoh lama tentunya berpeluh dan berbau. -Gambar hiasan Freepik

Pakaian dalam itu tentunya berbau apabila dipakai dalam tempoh lama, terutamanya apabila si pemakainya berpeluh.

Difahamkan, seluar dalam berkenaan mempunyai nilai memandangkan wujud permintaan yang mahu menjadikannya sebagai satu bentuk kepuasan seksual.

Secara tidak langsung, tercetuslah idea untuk seluar dalam masam ini dijadikan sebagai sumber pendapatan.

“Tengah fikir juga baik jual seluar dalam je dari kerja ni,” luahnya tanpa mendedahkan identitinya.

Doktor itu mendakwa, menjual seluar dalam terpakainya memberi pendapatan lumayan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut dan ada segelintir menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang menjijikkan.

“Ada permintaan dan ada penawaran.

“Kesan doktor underpaid (dibayar gaji rendah).

“Orang sakit pergi jumpa doktor, tapi doktor pun ‘sakit’ tak boleh buat apa la.

“Sakit otak manusia sekarang ni, tak boleh brain (tak masuk akal),” antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?