Lelaki yang menjadi mangsa tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berpengalaman luas selama 18 tahun menjadi pengawal peribadi.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pengarah Syarikat Elite Bodyguard Service, Rashid Ratag memberitahu bahawa mangsa, Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along merupakan seorang pekerja berpengalaman.

18 tahun berpengalaman jadi pengawal peribadi

pengawal peribadi

Foto: Utusan Malaysia

Seorang yang terlatih dan handal

“Dia memang seorang yang terlatih dalam membuat kawalan keselamatan. Disebabkan individu yang menggunakan perkhidmatan kami berisiko tinggi jadi kita memilih Along untuk menjadi pengawal peribadinya,” katanya.

Rashid menjelaskan bahawa syarikatnya telah menawarkan perkhidmatan sebagai pegawal peribadi dan mempunyai 100 ahli yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan.

pengawal peribadi

Foto: FB The Elite Bodyguard Service

Komited dengan tugas

“Tidak sangka, Along benar-benar komited dengan tugasan yang diberikan sehingga sanggup menggadaikan nyawanya,” tambah Rashid.

Rashid turut memberitahu bahawa individu yang sepatutnya bertugas ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Aidilfitri.

pengawal peribadi

Foto: FB Farah Cie

Keadaan baik selepas menjalankan pembedahan

Ditanya mengenai keadaan terkini mangsa, Rashid memberitahu bahawa Along menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan pertama dilakukan.

“Pihaknya dimaklumkan, pihak hospital akan menunggu dalam tempoh 48 jam bagi melakukan prosedur seterusnya.

“Peluru yang terkena mangsa tidak mengganggu usus penting, Along masih dalam pemantauan pihak doktor,” jelasnya lagi.

Terdahulu, seorang individu dipercayai cuba menembak isterinya namun tersasar mengenai seorang pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA 1 pada awal pagi Ahad.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal.

Sumber: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman) via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?