“Dia Cekik Dan Tampar Saya..” – Sajat Kongsi Hampir Dirogol Orang Arab Di Kedainya

Usahawan kosmetik, Nur Sajat tampil menceritakan detik-detik cemas sewaktu bekerja di kedainya di Australia baru-baru ini.

Menerusi hantaran di facebook nya, Sajat menceritakan pengalaman diugut dan hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki berbangsa Arab di kedainya. Menurut Sajat, sudah beberapa hari dia tidak membuka kedainya, kerana anxiety akan peristiwa yang menimpanya itu.

Sajat berkata, kes itu sudah menjadi kes polis dan kini Sajat mendapatkan beberapa bantuan terapi di sana untuk sex harassment serta mental & health yang terjejas akibat trauma akan kejadian itu.

“Segala kerugian yang Sajat alami semasa tidak dapat membuka kedainya itu akan dibayar oleh kerajaan kepada Sajat dan kemudiannya pesalah tersebut harus membayar jumlah itu kepada kerajaan. Kira-kira $15,000 Dollar yang akan dibayar”-kata Sajat

Menurut Sajat, kejadian itu berlaku sudah lama semasa 17 Februari haritu, akan tetapi Sajat memutuskan untuk berdiam diri dan tidak menceritakan kepada sesiapa, kerana waktu itu Sajat dalam tempoh pengambilan ubat untuk depression.

Tambahnya lagi, penjenayah tersebut kini sudah ditahan pihak polis dengan bantuan CCTV yang ada disekitar kejadian itu.

Rata-rata diruangan komen juga ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya itu.

“Saya tak faham kenapa ramai yang ketawa mengenai isu ini, rogol tu salah tak kira jantina. biar betul kalian gelak kepada orang yang tgh mengalami nasib sebegitu? tiada siapa yang patut dilayan sebegini.”-kata mereka

“Bahayanya, jaga diri di tempat orang Sajat. Jangan percaya sesiapa. Siapa pun awak Sajat jangan lupa Allah.”-tambah mereka

Apa pun yang berlaku, kita haruslah berwaspada dengan keadaan sekeliling agar kejadian seperti ini dapat kita elakkan.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *