Pencipta kandungan dan usahawan terkenal, Khairul Aming bakal melancarkan produk keduanya iaitu Dendeng Nyet Berapi secara eksklusif melalui TikTok Shop pada 2 Februari 2024.

Menerusi hantaran di Instagram, Khairul Aming atau lebih mesra dengan panggilan KA telah berkongsi perjalanan awal penghasilan Dendeng Nye Berapi iaitu bermula sejak tahun lepas. Menurut Khairul Aming, langkah pertama yang dilakukan bersama krewnya adalah pemilihan resepi.

Banyak kali kami cuba, tukar itu dan ini. Tapi salah satu proses Research and Development (RND) adalah kita buat satu menu dendeng masa bulan puasa tahun lepas. Kemudian kita minta orang ramai cuba. Dari situ kami ambil feedback untuk develop resepi dan buat penambahbaikan.

Selain itu, pemilihan mesin merupakan antara prosedur penting dalam penghasilan Dendeng Nyet Berapi. Hal ini kerana, mereka perlu menempah mesin tersebut awal beberapa bulan kerana ianya perlu disesuaikan dengan kilang selain menggunakan kos yang sangat tinggi. Dari segi reka bentuk produk, Khairul Aming memilih design yang simple dengan warna yang terang iaitu kuning.

Yang paling penting, produk itu kena selari dengan design yang kita pilih untuk Sambal Nyet Berapi. Sebab kedua-duanya daripada brand yang sama.

Proses seterusnya adalah menguji mesin dan melatih kakitangan tentang cara memasak dendeng. Mereka berhadapan dengan beberapa kali kegagalan pada peringkat awal namun berjaya mengatasi masalah tersebut.

Aku kena ajar mereka dari mula, macam mana nak timbang, nak masak, nak potong semua itulah bagi memastikan semuanya selari dengan resepi. Bila semua dah selesai, kita mulakan production pertama dan dah produce lebih 100,000 unit. Tapi untuk launching kita jual 80,000 unit.

Pada peringkat terakhir sekali adalah dengan melakukan photoshoot untuk tujuan pemasaran. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya termasuk rakan selebriti mengagumi kejayaan Khairul Aming malah menyifatkannya sebagai seorang usahawan yang berjaya dan wajar dicontohi oleh anak muda.

Untuk tahun 2023, jualan Sambal Nyet Khairul Aming mencecah Rm 20 juta, peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Malam ini Khairul Aming telah mengeluarkan produk kedua di bawah jenama khairulamingbrand.

Khairul Aming telah membuat siaran langsung di platform Tiktok dan telah meraih lebih 200,000 penonton dan lebih 20 juta sukaan. Tambahan pula, 80,000 unit telah dijual dalam masa 3 minit 39 saat di platform Tiktok.

Reaksi Khairul Aming yang sebak setelah keseluruh produknya itu telah berjaya dijual telah meraih tumpuan ramai. Ramai juga yang tidak sempat mendapatkan produk tersebut disebabkan oleh sistem yang ‘crash’.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Tiktok via SinetronMalaya, OhBulan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?