”Dah Biasa Kena Maki…” – Ramai Terkejut Jawapan Baby Shima, Bila Ditanya Soalan Ini

PENYANYI Baby Shima mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh oleh netizen kerana kurang senang melihat aksinya bergelek di atas pentas.

Gara-gara ugutan itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 31, berkata dia lebih berhati-hati sewaktu berinteraksi dengan peminat kerana bimbang kejadian buruk itu berlaku.

“Saya rasa biasa je sebenarnya tak ada pun rasa gementar sebab selalu sangat kena kecaman dan sudah terbiasa orang marah serta maki,.

“Lagipun saya pernah terima ugutan bunuh daripada netizen sebelum ini, walapun saya terima ugutan tu tapi saya tak ambil peduli dan malas layan ancaman tersebut.

“Lepas peristiwa yang berlaku pada Kamal Adli tu, saya lebih berjaga-jaga bila berdepan dengan peminat di umum, bukan nak tuduh semua orang tu jahat tapi risau saja,” katanya

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak Malaysia TV tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Malaysia TV juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *