BERADA di minggu terakhir Ramadan membuatkan umat Islam semakin sibuk dengan persiapan raya.

Malah bahang kemeriahan sambutan 1 Syawal mula dirasai apabila bazar Aidilfitri mahupun pusat beli belah sesak dengan kunjungan orang ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini warga maya dikejutkan dengan beberapa hantaran tular yang mendakwa harga pakaian raya pada tahun ini terlalu mahal.

Bazar Aidilfitri dipenuhi pengunjung yang ingin membuat persiapan raya. -Gambar hiasan

Bazar Aidilfitri dipenuhi pengunjung yang ingin membuat persiapan raya. -Gambar hiasan

Tidak kurang juga yang menyatakan harga jualan yang mahal itu tidak setanding kualiti mahupun rekaan masa kini.

Pelik dengan dakwaan tersebut, seorang lelaki tampil berkongsikan beberapa lokasi dan pusat beli-belah yang menawarkan baju raya pada harga yang berpatutan.

“Terbaca kat Facebook ada orang komen RM200 pun tak cukup beli baju raya anak.

“Aku masuk Sakan, Ten Ten, The Store dan sebagainya masih banyak baju raya mampu milik,” ujarnya menerusi hantaran di laman X.

Bukan itu sahaja, dia turut menyelar sikap segelintir masyarakat masa kini yang gemar mengikut trend tanpa ‘mengukur baju di badan sendiri’.

“Buat apa beli baju mahal-mahal? Membazir je, pakainya dua atau tiga kali setahun kemudian simpan.

WARGA MAYA

Malah katanya, prinsip ‘semua orang layak rasa kemewahan’ yang sering diamalkan masyarakat masa kini hanya akan mendatangkan mudarat di kemudian hari.

“Tapi kalau kita ikut trend ‘semua orang layak rasa kemewahan’ payahlah macam tu. Kita lupa pasal ukur baju di badan sendiri,” tambahnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian pelayar X dan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diketengahkannya.

Segelintir warga maya berkongsi lokasi pusat beli-belah yang tawarkan harga murah.

Segelintir warga maya berkongsi lokasi pusat beli-belah yang tawarkan harga murah.

“Tipu kalau RM200 tak dapat beli baju anak. Baju budak harga RM29 pun ada, kalau kau nak ada lace kembang dan brand memang la tak cukup.

“Baru minggu lepas beli baju raya budak untuk anak saudara… tiga pasang dapat RM200. Kalau masuk butik memang tak dapat la.

“Buat apa beli baju mahal-mahal? Membazir je, pakainya dua atau tiga kali setahun kemudian simpan.

“Aku yang kategori kena bayar cukai pendapatan ni pun tak pernah terfikir untuk belanja lebih RM70 untuk sehelai baju Melayu atau lebih RM100 untuk set,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang beranggapan luahan individu tersebut merupakan sindiran tentang kenaikan harga barang dan kos perbelanjaan yang semakin meningkat.

“Dia macam ni, kalau sebelum ni RM200 dia boleh beli kat tempat-tempat yang dia beli selalu, tapi sekarang tak boleh.

“Kiranya kehidupan kena downgrade di zaman madani, semua kita tak kira B40 atau M40… semua dah kena downgrade atau kena kurang beli,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber :

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?