PELAWAK Shuib tidak menerima permohonan maaf dibuat seorang individu yang menyebar fitnah membabitkan nama Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin di media sosial.

Sebaliknya Shuib atau Shamira Muhamad, 40, meminta individu tersebut bersemuka dengannya atau berdepan tindakan undang-undang.

“Kau cari aku sebelum peguam aku cari kau!

“Senangnya ya (minta maaf), tunggu peguam saya akan hubungi awak,” katanya.

shuib1 - 1

Perkongsian Shuib yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib memuat naik beberapa paparan skrin perbualan antara dia dan wanita berkenaan.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci kandungan dimuat naik, Shuib meminta penjelasan individu terbabit kerana mendakwa dia menumpang kisah kematian arwah isterinya.

“Boleh beritahu saya apa alasan awak untuk tulis ‘tunggang’ arwah isteri saya? Awak dah kahwin?

“Dah pernah tak kehilangan orang tersayang? Pernah hilang ahli keluarga? Apa perasaan awak kalau orang cakap awak tunggang kisah kematian ahli keluarga awak?,” ujarnya.

Individu tersebut yang meminta maaf sudah pun memadam hantaran dibuat.

Dalam pada itu, Shuib tidak suka apabila nama Siti Sarah dikaitkan dalam mana-mana hantaran media sosial apatah lagi melemparkan kata-kata fitnah.

Shuib turut mengingatkan netizen dia pernah menyaman individu tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tentang arwah sebelum ini.

Perkongsian Shuib yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Shuib gagal menahan sabar dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit.

“Saya pantang bila orang kaitkan arwah, bercakap buruk tentangnya. Awak faham?

“Awak tahukan saya pernah saman orang di mahkamah hanya kerana posting bodoh?,” jelasnya.

Pada 4 Julai tahun lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan ikutan Freemason.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin.

Shuib tidak suka nama arwah Sarah (kiri) terus dikaitkan.

Shuib tidak suka nama arwah Sarah (kiri) terus dikaitkan.

Pada Januari lalu, Shuib akhirnya bertentang mata dengan lelaki yang dikenali sebagai John Dihani yang didakwa menyebarkan fitnah tersebut.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Shuib memberitahu sedia memaafkan John.

Selain membuat permohonan maaf, Shuib berkata, John juga perlu menanggung akibat dengan membayar sejumlah ganti rugi kepaanya.

Shuib bagaimanapun tidak mahu berkongsi jumlah bayaran tersebut sebaliknya ingin mendermakan keseluruhannya kepada tabung Palestin.

Sumber:Mstar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?