PENYANYI Mark Adam berkongsi khabar duka kehilangan bapa mentuanya yang meninggal dunia pada malam Jumaat.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas waktu berbuka puasa.

“Sedekahkan al-Fatihah buat bapa mentua saya, Redzuan Abdul Malik. Telah pergi menghadap Ilahi selepas berbuka tadi (Jumaat),” katanya.

mark adam 3

Mark sering berkongsi tentang bapa mentuanya sebelum ini.

Mark berkongsi perkara tersebut di laman Instagram berserta sebuah video kenangan ketika arwah sedang makan.

Mark dan isteri, Norazah Redzuan bagaimanapun tiada bersama ketika arwah meninggal dunia.

Dalam hantaran sebelumnya mereka dilihat berada di Singapura bagi menyertai sebuah festival jualan raya di sana.

“Kami dalam perjalanan pulang ke rumah Pa. Terus kuat untuk isteri,” ucapnya.

Perkongsian tersebut turut dibanjiran ucapan takziah dari rakan-rakan dan peminat di laman sosial.

Mark sebelum ini juga sering berkongsi keadaan bapa mentuanya itu yang sudah uzur dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berjalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Confirmation

We need to verify your age

Are you 18 or older ?